Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Baqarah: Ayat 261).
1. Taubat. 2. Takut akan Allah SWT. 3. Kasih akan Allah SWT. 4. Zuhud. 5. Sabar. 6. Syukur. 7. Ikhlas dan benar. 8. Tawakkal. 9. Redha dengan Qada’ Allah SWT. 10. Mengingati mati.
UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH AZZAWAJAL
m/s: 57 Tazkiyah Nufus: " Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
KENYATAAN MEDIA UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HASAN SHUKRI KE RAHMATULLAH
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hj. Hassan Shukri ke rahmatullah pada petang hari Isnin 14 Jun 2010. Sumbangan Almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan. Almarhum adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil. Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. Biar pun Almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini. Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG Presiden PAS 2 Rejab 1431 H / 14 Jun 2010 M
semua kakitangan dan ahli BIRO KEBAJIKAN MASJID SUBANG AIRPORT mendoakan Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya,melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.
AL-FATIHAH
" Percayalah ...sesiapaa yang memperjuangkan ISLAM , dia tidak akan susah , mungkin tidak kaya tetapi tidak akan susah atau tidak makan . Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan ALHAMDULILLAH makin bertambah baik . bagi pejuang ISLAM , apa jua cabaran dan dugaan akhirnya ALLAH... akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan . "
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." Riwayat Ibnu Abi Dunya
Ibnu Atho berpesan; Dimana tempat yang kamu rasa tenang dan damai dengannya, maka itulah urusan yang Allah pilih untuk mu. Alangkah indahnya berada ditempat yang Allah pilih. Jiwa tenang dan hati tenteram dengannya.
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...
sabda Rasulullah, : “Bertaqwalah kamu kepada Allah, dimanapun kamu berada, dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapus keburukan itu. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik” (HR. Tirmidzi, Ahmad ...dan Ad-Darimi) Firman Allah SWT yang bermaksud: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...